18 November 2020

malam yang suram

Malam ini suram..
Aku seorang diri merenung jauh..
Terbayang kenangan antara dia dan aku..
Aku sangat senang ketika dia ada disisi..
Hari itu..
Aku menceritakan padanya siapa diriku..
Sejujurnya ketika itu aku sangat takut kehilangan dia..
Tapi aku beranikan diri untuk berterus terang..
Tiada rahsia..
Dia beritahu siapa pun aku..
Dia tidak kisah sama sekali..
Tapi selang beberapa hari..
Dia pun menghilang..
Hampir seminggu aku tersiksa..
Setiap kali bangun pagi..
Aku hanya ingin chat dari dia..
Tapi..masih lagi kecewa..
Aku cuba sembunyikan kekecewaan ini..
Agar tidak memberi kesan pada sesiapa pun..
Sehingga hari itu dia telefon dan menceritakan yang dia tidak boleh berkawan dengan aku lagi..
Aku cuba untuk tenang..
Selepas dari itu..
Aku terduduk,termenung..
Berfikir kenapa aku yang perlu lalui semua ni..
Menyesal tak berguna setelah semuanya sedang ku lalui..
Perkara yang aku takut datang pada hari itu..
Aku cuba menjauhkan diri..
Tapi aku yang menderita..
Aku yang terasa sakitnya..
Dia??
Akan melalui hari2 paling bermakna dalam hidupnya..
Dan aku masih disini..
Merenung dan melalui hari² yang penuh dengan duka dalam senyuman..
Semoga sidia akn bahagia selalu..

No comments:

Post a Comment