3 December 2020

pengakhiran

pertama kali saya nampak awak..
entah kenapa jiwa saya memberontak..
nak sangat mengenali awak..
tak peduli orang nk kata apa..

tapi saya susah nak bercakap dgn perempuan..
saya tak pandai nak berhadapan dengan perempuan..

perlahan lahan saya mendekati awak..
saya cuba tegur² awak..
niat saya nak berkawan..
saya tak mampu ungkap lebih daripada tu...

lama kelamaan saya tersedar pengharapan ini lebih dari seorang kawan..
hari ini hari terakhir awak..
esok awak dah cuti..
kembalinya awak selepas ni merubah segalanya..
saya tak kenal awak..
saya tak kuat nak buat mcm tu..
tapi saya terpaksa..
saya takut sebenarnya..
saya nk menangis..
saya nak menjerit..
tapi apakan daya..
semua tu takkn pernh terjadi..

ketika saya terpaksa melepaskan awak dari hati..
separuh nyawa saya bagaikan hilang..
saya tetap akan cakap 'ok'..
kerana awak bakal melalui hari bahagia..

tapi kenapa saya yang merasa terlalu sedih..
ketika saya menghantar mesej terakhir..
itulah pengakhiran cerita tentang kita..

tapi saya ambil segala kenangan..
kerana itu yang saya tak mampu buang..

24 November 2020

Kau sentiasa di hati

Walaupun awak semakin jauh..

tapi satu perkara yang awak perlu tahu..

awak akan selalu ada dalam hati..

biarpun tidak memiliki..

tapi awak dah ambil separuh hati saya..

tanpa sedar..

saya juga merelakan hati saya untuk awak..

tapi siapalah saya nak melebih2..

saya hanya manusia biasa..

tidak ada apa2 kelebihan atau keistimewaan..

saya cuma mampu mendoakan kebahagiaan awak..

dunia dan akhirat..


-Kau semakin jauh-

Awak semakin jauh..

Dan awak bahagia..

saya hanya tersenyum..

Mungkin awak fikir semua dah berakhir..

Tapi untuk saya..ia masih berdarah..

Kenapa susah untuk saya keluarkan awak dari hidup saya..

sedangkan terlalu mudah untuk awak pergi sejauhnya..

saya takkan mampu lakukannya..

dan tak mungkin akan terjadi..

saya selalu ubati rasa rindu dengan kenangan yang ada..

dan itu akan buatkan saya tersenyum..

awak tetap akan jadi bintang..

hanya mampu melihat keindahannya dari sudut yang begitu jauh..

senyuman awak seringkali menganggu fikiran..

saya tak mampu nak buang awak dari hati..

biarlah ia terus berdarah..

semoga awak bahagia..

20 November 2020

-gembira utk seketika- -kembali rasa kecewa-

Semalam aku cuba memberanikan diri untuk chat bersamanya..

dia membalas chat itu dengan jawapan yang buatkan aku rasa tersenyum..

aku rasa gembira kerana conversation aku dn dia membuatkan keadaan sangat tenang..

tiba-tiba dia senyap..

senyap tanpa memberitahu apa2..

kegembiraan yang baru aku rasakan lenyap..

aku cuba menunggu tetapi tiada satu pun chat dari dia yang muncul..

mungkin dia cuma menjaga hati..

aku cuba untuk meninggikan ego aku..

tetapi aku tewas..

senyuman dia yang meruntuhkan ego ini..

dia semakin jauh sedangkan aku masih disini..

kenapa aku seorang yang perlu rasa semua perasaan sakit ini..

kaki aku tak kuat nak melangkah ketika melihat dia..

tak apalah..

Dia akan melalui hari2 bahagia nanti..Aku cuma mendoakan yang terbaik untuk dia..

Ya Allah,kenapa kau datangkan dia dalam hidup aku..

kenapa kau minta dia pergi ketika aku sedang berharap sesuatu..

kenapa kau biarkan rasa kasih ni mengalir terus dalam hati..

aku yang tersiksa..

maaf..semuanya dah terlambat..

aku tak kuat nak berhadapan dengan dia..

keadaan dah x sama seperti sebelum ini..

terlalu jauh berbeza..

Aku merindukan kenangan dan keadaan sebelum ini..

tak mungkin ia akan berulang lagi..

takkan..

18 November 2020

malam yang suram

Malam ini suram..
Aku seorang diri merenung jauh..
Terbayang kenangan antara dia dan aku..
Aku sangat senang ketika dia ada disisi..
Hari itu..
Aku menceritakan padanya siapa diriku..
Sejujurnya ketika itu aku sangat takut kehilangan dia..
Tapi aku beranikan diri untuk berterus terang..
Tiada rahsia..
Dia beritahu siapa pun aku..
Dia tidak kisah sama sekali..
Tapi selang beberapa hari..
Dia pun menghilang..
Hampir seminggu aku tersiksa..
Setiap kali bangun pagi..
Aku hanya ingin chat dari dia..
Tapi..masih lagi kecewa..
Aku cuba sembunyikan kekecewaan ini..
Agar tidak memberi kesan pada sesiapa pun..
Sehingga hari itu dia telefon dan menceritakan yang dia tidak boleh berkawan dengan aku lagi..
Aku cuba untuk tenang..
Selepas dari itu..
Aku terduduk,termenung..
Berfikir kenapa aku yang perlu lalui semua ni..
Menyesal tak berguna setelah semuanya sedang ku lalui..
Perkara yang aku takut datang pada hari itu..
Aku cuba menjauhkan diri..
Tapi aku yang menderita..
Aku yang terasa sakitnya..
Dia??
Akan melalui hari2 paling bermakna dalam hidupnya..
Dan aku masih disini..
Merenung dan melalui hari² yang penuh dengan duka dalam senyuman..
Semoga sidia akn bahagia selalu..

17 November 2020

sakit nya didalam

Awak..
ketika saya nampak awak..
hati saya memaksa untuk memanggil..
tapi kudrat saya tak termampu..
saya cuba lari sejauhnya..
tapi bayang awak selalu ada..
Saya tak kuat untuk kehilangan..
Entah kenapa semakin hari..
perasaan ni semakin pelik..
saya mengharapkan ketika saya lari..
semuanya akan luntur..
tapi tak!!
apa yang saya rasa ni semakin kuat dn dlam..
kenapa saya yang perlu lalui semua ni..
kenapa bukan orang lain..

16 November 2020

-Bayangmu tetap disini-


Assalamualaikum awak..
Nak tahu tak hari ini yang saya anggap sebagai hari pertama dalam hidup saya cuba meninggikan ego untuk lari dari awak..

Tapi awak tahu tak betapa siksanya hari pertama ini..

Awak nak tahu tak semakin saya lari menjauh semakin bayang awak dalam fikiran saya dan hati saya..

Saya tak kuat untuk hari ini meskipun saya cuba sembunyikan semuanya..

Sesekali saya cuba pejamkan mata untuk imbas setiap senyuman awak..senyuman awak telah manghancurkan batu ego saya..

Tapi apa yang saya boleh buat selain dari sembunyikan segalanya..

Sedih awak..tapi saya tahu awak akan melalui hari yang bahgia..saya selalh doakan semuanya berjalan lancar..

Biarpun perkenalan ini hanya persinggahan seketika..tapi setiap saat memori antara saya dan awak takkan pernah luntur..

Ketika awak meminta saya cuba..cuma satu saya nak bagitahu..apa yang saya rasa bukanlah dari kehendak saya..
Tap ia adalah perasaan dan perginya bukan hanya dihalau dengan kata2..

13 November 2020

-Izinkan akU-

Ketika waktunya aku akan pergi..

semoga kau akan selalu bahagia..

In shaa Allah tak lama lagi..

Semoga aku terus sabar menunggu..

Cuma ketika aku pergi..

Izinkan aku membawa setiap memori kita berdua..

untuk menjadi tatapanku..

dikala malam tiba..



-Semakin TersiksA-

Awak..

semalam awak cakap saya kena redha..

saya dah cuba terima keadaan ini..

saya cuba redha dengan kehilangan awak..

saya cuba faham perasaan awak..

saya terima apa seadanya..

Tapi saya makin tersiksa..

tapi saya makin menderita..

Kehilangan awak bukan satu perkara yang mudah untuk saya..

Itu yang saya sedar..

Semuanya dah terlambat..

Hati saya menjerit tapi saya tak mampu meluahkan..

awak selalu muncul dalam fikiran saya..

Tak kira macam mana keadaan saya..

Dalam hidup ni tak pernah adil..

Malam tadi awak datang dalam mimpi saya..

satu situasi yang sangat sedih tapi kenapa saya xboleh ingat mimpi tu..

saya tersedar pukul 4.40pagi dan muka saya penuh dengan air mata..

Kegembiraan yang saya baru nak rasakan berubah menjadi luka paling dalam..

Awak lah penawar tu..

andai awak pergi..

jangan tinggalkan penawar tu..bawaklah sekali..saya tak mahukan penawar tu..

awak..Hujan turun seiring airmata saya mengalir..

sambil saya menaip,sebak yang menemani..

saya harap awak terus happy dengan keputusan muktamad awak..

saya kan terus ada disini..

bersama memori antara saya dan awak..

-awak-

Awak..

Nak tahu tak..

Hari ni 13/11/2020..

Awak chat saya semula..

Saya excited bila chat tu dripada awak..

Jantung saya dup dap nak tahu apa isi kandungan nya..

saya baca bismillah dan buka..

senyuman yang ikhlas itu berubah menjadi airmata..

saya terduduk bila tgk isi kandungan nya..

awak cakap dah tak boleh contact saya lagi atas sebab yang awak tak tahu nak ckp mcm mana..

saya cuba tampar pipi saya dengan harapan saya tengah bermimpi..

Tapi itu adalah kenyataan..

kenyataan yang sangat sakit untuk saya..

saya tak kuat untuk terima..

inilah kelemahan saya..

Untuk awak,terima kasih kerana berani terus terang biarpun mengambil masa ketika semua perasaan bercampur..

saya hargainya awak..

kemudian awak call saya,

saya takut tp itulah yang saya tunggu..

saya angkat..lama juga kita berbual dan luahkan apa yang saya rasa then awak terangkan keadaan sebenar..

Selepas awak dah ceritakan segalanya,secara x sedar air mata saya mengalir sedih..

Kalaulah saya boleh gambarkn rasa sakit tu..

mesti awak tak nak tengok..

awak cuba positifkan saya..

tapi maaf,saya jadikan awak teman istimewa dan itu tiada penggantinya andai awak pergi..

awak..

kalau lah awak baca coretan ni..

saya nak awak tahu,selagi saya masih bernafas..cerita tentang awak takkan pernah terhenti..

sebenarnya saya rindukan awak..entah kenapa perasaan ni datang dengan seribu kesakitan yang buat saya rasa tersiksa..

bila bercakap dengan awak sebenarnya banyak saya nak cakap tapi mulut saya seperti terkunci..

bukanlah mudah untuk saya melupakan..

saya hilang arah,kehilangan yang saya tak mampu nak hadapi..

sedih hati saya bila awak cakap call tu adalah yang terakhir..

Dalam kegelapan air mata mengalir..saya cuba tahan sebak dan cuba ketawa..

walau hakikatnya..

saya meraung,menggigil..

Awak..

ketika awak pergi..

saya pulangkan kegembiraan yang saya pinjam supaya awak terus bahagia..

berikan saya memori2 ketika saya usik awak,kacau awak,ketika senyuman awak memecahkan segala hening,ketika kita pergi beli makan sama2😌😭..

biarkan ia terus menjadi memori terindah untuk saya..sebab saya akan tetap ada kat sini..

biarkan rasa sakit terus mencengkam hati..

Jika awak terbaca tentang blog ini..

inilah rasa hati saya yang akan saya simpan biarpun sakit..



12 November 2020

:kenapa:

Kenapa awak pergi..

kenapa awak terus senyap..

kenapa awak jauhkan diri..

kenapa awak benci..

saya tak tahu kenapa..

tiba tiba awak hilang..

saya tunggu hari tu..

tapi sampai sekarang awak membisu..

saya tak pandai kenal hati perempuan..

saya tak pandai ambil hati perempuan..

kalau ada salah saya sampaikan awak terus buang saya..

bagitahulah saya..

Janganlah terus mendiamkan diri..

saya dah mula rasa tersiksa..

saya tak tahu macam mana nak sampaikan benda ni pada awak

tapi sekiranya awak baca..

fikirlah semula..

kalaulah kejujuran tu menyakitkan seperti sekarang..

Ramai yang menipu..

Saya minta maaf..

-Hari ke5-

4 hb november 2020..

ketika aku mula mendekati dan meminta no telefon nya..

Hari ini merupakan hari ke 5 dia block aku dalam senarai chatting nya bermula 8 hb november 2020..

Kalau diikutkan hari ni merupakan hari ke 9 aku mengenalinya..

hari ni aku cuba mengejar bayang yang takkan pernah aku miliki..

aku hanya mampu melihat tapi tidak mampu mendekati..

aku masih tertanya2 apa salah aku..

dulu dia bagaikan permata dalam kaca..

sekarang,dia bagaikan bintang yang berkedipan..

aku mampu melihat tapi dia terlalu jauh..

fikiran,perasaan,hati kalut tak menentu..

kaki bagaikan tak terasa nak memijak dibumi yang nyata..

mungkin lebih rela aku hidup dalam fantasi..

11 November 2020

-Alhamdulillah-

Alhamdulillah hari ni aku berjaya melaksanakan tugas dengan baik walaupun aku rasa down..

Alhamdulillah aku berjaya berpura2 rasa gembira dengan orang sekeliling walaupun aku masih rasa sakit..

Alhamdulillah aku masih mampu tersenyum walau hakikatnya hati aku masih menangis sedih..

Alhamdulillah biarpun aku masih tak tahu kenapa masanya smpai terlalu cepat..

aku cuba untuk telan sedalam2nya..

Aku gembira bila dia gembira walaupun tatapan hanya dari jauh..

walaupun bicara tidak mengizinkan..

Alhamdulillah kerana mereka tidak pernah melihat kesedihan yang aku sembunyikan..

-Hari ke4-

Dari hari ahad..

dia block aku dari chat..

tanpa aku tahu salah aku..

tanpa aku tahu kenapa dia block aku..

aku masih ingat chat terakhir aku untuk mengucapkan selamat pagi..

Tetapi profilenya dah hilang..

aku menjadi resah memikirkan apa salah aku..

Hari ni hari ke 4 dan aku masih dalam block listnya..

Aku selalu berharap akan nampak semula profile nya..

Walau aku tahu dia tidak akan pernah membuka lagi block list itu..

Mungkin sudah dikuburkan..

sedang aku terus melihat profile itu..

Setiap hari hanya berpura gembira demi menutup segala keresahan yang aku tengah lalui..

-Senyuman indah-

Hari ini merupakan hari yang aku nantikan..

Tapi segalanya hambar..

dari jauh aku dapat melihatnya..

Entah kenapa aku rasa sesuatu..

Tapi aku juga mersa sedih..

Kerana kini..

Dia seperti bintang..

hanya mampu melhat tanpa aku mampu mendekatinya..

Keadaan telah berubah..

Berubah segalanya..

Dia seperti membenciku..

dengan kebencian yang paling dalam..

Tetapi aku hormat akan keputusannya..

Kerana aku tak mampu meleraikan apa yang telah bersatu..

senja pun tiba..

bayangnya pun menghilang..

Seiring matahari yang terbenam..

sedang aku masih mengharap..

biarpun harapan terus tinggal harapan..


10 November 2020

-Malam yang suram-

Malam ini...

Aku duduk sendirian..

menghadap langit dan bintang yang semakin suram..

tatkala angin menderu menyapa tubuh..

Dikala itu sekilas lalu wajahmu difikiran..

Masih teringat ketika permulaan perkenalan..

Terbit rindu akan setiap senyuman..

tanpa sedar..

menjunam nya bulan menghilangnya bintang..

lalu turunlah hujan..

seiring airmata jatuh bersama ke bumi..

sambil melihat setiap perkataan dari saluran..

tersenyum melihat tawamu ketika itu..

sedih kerana ia hanyalah tinggal kenangan..

Kau tidak akan pernah kembali..

Sedang aku berharap sesuatu yang tak pasti..

#harapanhanyaharapan

-Kau tetap pergi-

Kau pergi..

sewaktu aku baru rasa happy..

kau pergi..

bila aku beri ruang untuk kau..

Kau pergi..

ketika aku tak kuat untuk kehilangan..

kau pergi..

Ketika aku masih berharap kau akan muncul..

Kau pergi..

ketika aku ingat itu hanyalah sementara..

Tapi kau tetap pergi..

Ketika aku masih tetap disini..

Hari semakin senja,

Kau terus pergi..

Aku tersiksa kerana terus menanti..

Tapi tak pernah aku kesal..

biarpun persinggahan kau hanya seketika..

Aku masih tersenyum..

Biarpun hati tiada siapa yang mengerti..

Pergilah..

Jika itu yang terbaik buat dirimu..

Pergilah sejauh mana yang kau mahu..

Kerana aku tetap disini..


#sakittetaPsakiT..

#Luahanhatidariseorangyangmempunyaihati

9 November 2020

SakiT🥺

Hari demi hari telah aku lewati..

Tak ada lagi kamu di sini..

kau hilang tanpa aku tahu kenapa..

Aku masih senyum meski hakikat..

aku menangis...

Aku menarik nafas sedalamnya..

untuk lepaskan segala rasa..

tapi yang datang..

hanyalah kecewa...

Aku masih mencari jawapan..

Kenapa dia pergi ketika aku belum bersedia..

meski aku terpaksa faham..

biarlah aku terus rasa sakit..

😔😖😭

Bayang yang hilang😌

Hari semakin berlalu..

Aku masih disini..

Resah gelisah hati tak tenang..

Mencari bayangmu yang hilang..

Lalu hujan turun membasahi tubuh..

Selari dengan airmata tiba2 mengalir..

terbit rasa rindu seiring terbitnya pelangi..

sekilas wajahmu berlalu di fikiran..

seandainya aku boleh menggambarkan rasa sakit..

akan aku persembahkan pada dirimu..

kerana aku yakin..

Kau akan memilih untuk tidak mahu melihatnya..

Namun,biar sejauh mana kau pergi..

Aku tetap akan berada disini..

Mengenang dirimu yang pernah hadir buat seketika..

8 November 2020

Pertama kali

Pertama kali aku melihat dirinya..

entah kenapa nafasku menghentak laju..

lirikan matanya memukau hatiku..

pertama kali aku melihat dirinya..

hati bergetaran sesuatu tanpa jawapan..

membuat aku tertarik untuk mengenalinya..

Tapi gementar menghentikan semuanya..

hari demi hari aku cuba untuk mendekatinya..

sehinggalah suatu hari aku mendapat sesuatu yang boleh menghubunginya..

gembira aku dapat berkawan dengan dia..

yang aku tak dapat gambarkan dengan kata2..

Hari semakin hari aku chat dia..

dia dah nak kahwin dah..

cuma kegembiraan tu hanya sekejap..

aku xdpt lagi menghubunginya lagi..

entah kenapa rasa sakit..

kerana dia hilang tiba2..

aku cuma mendoakan mereka bahagia..

aku cuba faham dan cuba undur diri sambil tersenyum😌..

terima kasih untuk seketika ini..